Monday, March 31, 2014

PERTANDINGAN KANTIN BERSIH

     Pada tahun ini Kantin Semestra SMK Pantai Sepang Putra telah dipilih  menyertai 2 pertandingan iaitu Pertandingan Kantin Bersih sempena Karnival 3K Peringkat Negeri Selangor dan Pertandingan Anugerah Kantin Bersih, Selamat & Sihat Peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan 2014.
     Melihatkan kepada tajuk surat yang diterima sudah cukup menggerunkan dan mula terbayang pada mata AJK Kantin bahawa satu tanggungjawab yang cukup berat sedang menanti. Namun begitu cabaran perlu disahut dan berbekalkan semangat bermuafakat dan bekerjasama maka persediaan demi persediaan telah dilakukan.
     Bermula dengan proses penyediaan bahan, proses tampal-menampal dan hias-menghiasi maka perjalanan gotong-royong dalam menghadapi pertandingan ini tetap diadakan pada setiap hari Rabu semasa aktiviti kokurikulum. Skuad kantin yang terdiri daripada 16 orang murid telah sedia berkorban usaha dan tenaga dalam merealisasikan inovasi kepada Kantin Semestra.







     Antara bahan yang digunakan untuk menghias kantin. Bahan-bahan ini kebanyakannya diambil daripada facebook Koleksi Cikgu Anis. Bahan-bahan ini disediakan oleh Guru Penyelaras Kantin dan digunting oleh Skuad Kantin.

CARTA ORGANISASI KANTIN SEMESTRA

CARTA ORGANISASI KANTIN SEMESTRA


Pengerusi: Pengetua
Naib Pengerusi I: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II: Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi III: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha: Pn. Suzlina binti Jailani
Penolong Setiausaha: Pn. Nini Malisa binti Jamali
AJK: 
Pn. Fuziah Hanim bin Ali
Kelas Guru dan Staf
Pembantu Tadbir (Kewangan)
Kelab Guru dan Staf
Inspektor Kesihatan Klinik Kesihatan Sepang
Klinik Kesihatan MP Sepang
Wakil PIBG
Pengusaha Kantin
Skuad Kantin

KANTIN SEMESTRA


SELAMAT DATANG KE LAMAN KANTIN SEMESTRA

Assalamualaikum warga SMK Pantai Sepang Putra.

     Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih atas kesudian semua pihak mengunjungi Laman Kantin Semestra ini.
     Tujuan Laman Kantin Semestra ini dibina adalah untuk berkongsi cerita, berita dan pengalaman sepanjang berada di SMK Pantai Sepang Putra ini. Semoga apa yang dipaparkan pada laman ini boleh kita jadikan teladan dalam menjalani kehidupan kita sehari-hari.