Pada tahun ini Kantin Semestra SMK Pantai Sepang Putra telah dipilih menyertai 2 pertandingan iaitu Pertandingan Kantin Bersih sempena Karnival 3K Peringkat Negeri Selangor dan Pertandingan Anugerah Kantin Bersih, Selamat & Sihat Peringkat Negeri Selangor dan Kebangsaan 2014.
Melihatkan kepada tajuk surat yang diterima sudah cukup menggerunkan dan mula terbayang pada mata AJK Kantin bahawa satu tanggungjawab yang cukup berat sedang menanti. Namun begitu cabaran perlu disahut dan berbekalkan semangat bermuafakat dan bekerjasama maka persediaan demi persediaan telah dilakukan.
Bermula dengan proses penyediaan bahan, proses tampal-menampal dan hias-menghiasi maka perjalanan gotong-royong dalam menghadapi pertandingan ini tetap diadakan pada setiap hari Rabu semasa aktiviti kokurikulum. Skuad kantin yang terdiri daripada 16 orang murid telah sedia berkorban usaha dan tenaga dalam merealisasikan inovasi kepada Kantin Semestra.
Antara bahan yang digunakan untuk menghias kantin. Bahan-bahan ini kebanyakannya diambil daripada facebook Koleksi Cikgu Anis. Bahan-bahan ini disediakan oleh Guru Penyelaras Kantin dan digunting oleh Skuad Kantin.
No comments:
Post a Comment